Popular Posts

Saturday, March 24, 2012

Hikmah meninggalkan bohong

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan  pada suatu hari ada seorang yang datang kepda Rasulullah S.A.W. Orang tersebut berniat masuk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua  kalimah syahadat, laki-laki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu berbuat dosa dan sulit meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Maukah engkau  berjanji, bahawa engkau sanggup meninggalkan  bohong?"

  "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. setelah itu, dia pun pulang ke  rumahnya.  Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat  terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,  berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama  Islam, dia berusaha untuk meninggalkan segala keburukannya itu. Oleh Sebab  itulah dia meminta nasihat kepada Rasulullah S.A.W.  Dalam perjalanan pulang selepas menemui Rasulullah S.A.W. laki-laki itu berkata di  dalam hatinya :
"Berat juga aku  meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah  itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah berarti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku berkata benar berarti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berhasil dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi seorang mukmin yang soleh dan mulia.
wallohu'alam

No comments:

Post a Comment

wasiat

Iklan

Iklan Banner 35rb/bln - 75rb/3bln Iklan Banner 35rb/bln - 75rb/3bln Iklan Banner 35rb/bln - 75rb/3bln